Saturday 7 May 2011

Parlimen Mahasiswa : membalas penulisan YDP MPMUM 2010/2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca yang dikasihi.Dalam entri kali ini,penulis ingin membuat ulasan mengenai tulisan saudara Syahid pada 4 Mei 2011 Parlimen Mahasiswa sekadar boneka (sila rujuk sini).Dalam kenyataannya beliau menyebut bahawa "Boleh saya katakan, Parlimen Mahasiswa tidak ubah seperti boneka. Mahasiswa perlu celik meneliti perkara dasar bahawa Parlimen Mahasiswa masih berada di bawah telunjuk Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). Maka jelaslah mahasiswa masih terikat dengan perkara 15, perkara 16 malah masih ditadbir di bawah seorang Naib Canselor yang mempunyai kuasa veto untuk memutuskan apa saja"Persoalan yang ingin diketengahkan oleh penulis ialah :

1.Adakah tidak releven bagi seorang Naib Canselor yang bertanggungjawab ke atas universiti jagaannya tidak diberi tempat dalam meluluskan segala perbincangan yang telah dilakukan sedangkan pada akhirnya nanti beliau yang akan dipanggil untuk memberi penjelasan kepada Kementerian Pengajian Tinggi?

2. Apakah faedah yang diperoleh ahli masyarakat serta mahasiswa sekiranya Dewan Perundingan Pelajar (DPP) membincangkan isu-isu picisan dalam politik yang belum tentu pucuk pangkalnya selain menambah dosa sekiranya ia mendatangkan fitnah walhal masih banyak lagi isu-isu nasional serta kampus yang harus ditangani?

3. Siapakah yang sebelum ini beriya-iya ingin menubuhkan Parlimen Mahasiswa dan kemudiannya membuat "U-Turn"?Apakah tidak dikaji dahulu bagaimana ia beroperasi sebelum menghidangkan kata-kata manis kepada warga kampus?

Untuk persoalan yang Pertama,disini penulis ingin menegaskan bahawa terdapat prosedur-prosedur yang perlu diikuti selepas membuat keputusan dalam Parlimen kerana dalam Parlimen Malaysia sekalipun,terdapat proses-proses yang perlu dituruti. Di bawah Artikel 66 perenggan 3 Perlembagaan Persekutuan, keputusan Ahli Dewan akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong terlebih dahulu untuk mendapat kelulusan Seri Paduka Baginda. Adakah akan lupus proses pendemokrasian hanya dengan menanti kelulusan Yang Dipertuan Agong? Bukan hanya dengan mengemukakan usul, mencapai satu kata sepakat, keputusan dan tidakan boleh terus diambil. Dan orang yang terpaksa melaksanakan segala kata putus ini ialah pihak Universiti. Siapakah disini yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir Universiti? Mahasiswa? Perlu ditekankan di sini adalah peranan mahasiswa adalah dalam membuat penilaian yang kritis dan mencambah idea di samping tanggungjawab kepada pelajaran. Alangkan tidak mendapat jawatan yang diidam-idamkan sahaja sudah tidak mahu membuat kerja, inikan pula hendak mentadbir Universiti.  

Persoalan Kedua pula lebih berkisarkan kepada agenda politik luar tiada kesudahannya. Ya, mahasiswa perlu cakna dalam apa jua keadaan. Namun ia tidak bermakna agenda politik luar itu harus melebihi agenda pembangunan diri mahasiswa. Adakah tidak kita bimbang sebagai seorang Islam sekiranya membuat satu sangkaan yang salah dan ia disebarkan-sebarkan kepada orang lain jika ia melibatkan ketidakpastian dalam sesuatu isu misalnya. Bagaimana pula dengan isu-isu nasional serta isu-isu kampus yang lain? Jangan jadi seperti bidalan lama, Kuman di seberang lautan nampak, Gajah di hadapan mata tidak nampak. Lupakah kita pada perintah Allah di dalam surah al Hujarat ayat 12 yang bermaksud,


“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

Persoalan Ketiga,adakah sebelum ini tidak dikaji terlebih dahulu sistem parlimen mahasiswa di USM sebelum membuat penilaian? Saudara Syahid ada menyatakan bahawa Parlimen ini mempunyai limitasi perbahasan dalam perenggan Keenam penulisannya yang mendakwa hanya perbincangan melibatkan hal dalam kampus. Kenyataan ini disangkal oleh YDP MPPUSM 2010/2011 (sila rujuk disini ) pada perenggan  KeempatBeliau menyatakan bahawa tiada sekatan kepada perbincangan malahan mereka juga mengkiritk dasar kerajaan (sila rujuk perenggan yang sama) untuk kenyataan balas YDP MPPUSM 2010/2011 tersebut.

Malah tulisan saudara Syahid telah mengundang kritikan kepada NC yang langsung tidak kena mengena dalam penulisan saudara Syahid ini (lihat sini ). Ini jelas mengheret maruah NC ke dalam permainan politiknya. Komen-komen berikut di Malaysiakini sedikit sebanyak telah menjatuhkan air muka Universiti Malaya sebagai universiti terulung di Malaysia.






Justeru,penulis ingin menasihat saudara YDP agak mengkaji lebih mendalam tentang sistem perlaksanaan parlimen mahasiswa. Jangan kerana dek ingin menjadi jaguh dalam pemansuhan AUKU,penulisan yang kurang cerdik disiarkan. Perlu diingat bahawa penulisan anda melambangkan identiti Universiti Malaya.Sekian

"Minda yang sihat menghasilkan penulisan yang sihat"

No comments:

Post a Comment