Sunday 8 May 2011

ISU REBAT CUKAI TANAH : APAKAH PENDIRIAN MPMUM 2010/2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami difahamkan, Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Negeri menolak untuk menyambung rebet cukai tanah kepada Universiti Utara Malaysia (UUM). Datuk Seri Azizan dipetik sebagai berkata "Pihak universiti perlu menjelaskan bayaran pada kadar lama sebanyak RM 1.7 juta atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan".Tambah beliau rayuan sudah dikemukakan namun PTG tidak bersetuju bahkan boleh dikenakan penalti sebanyak RM 90,000. Sumber : (Malaysiakini).

Di sini penulis ingin mengemukakan beberapa persoalan :

1) Adakah wajar bagi sebuah Universiti yang melahirkan ilmuan-ilmuan dikenakan cukai yang amat tinggi sedangkan dana tersebut boleh disalurkan bagi membangunkan intelek-intelek negara?

2) Adakah tiada harapan bagi pihak PTG dan Universiti dalam usaha rundingan dan mengapa perlu dijelaskan secepat mungkin.

3) Mengapa perlu dibezakan antara cukai tanah diantara UUM dan USM sedangkan USM terletak di kawasan pembangunan yang strategik dan status mereka sebangai Universiti APEX.

Di sini meminta pendirian MPMUM 2010/2011 dalam hal ini. Mengapa membisu mengenai isu ini sedangkan dalam isu Parlimen Mahasiswa, MPMUM 2010/2011 melalui YDP nya begitu cakna dalam hal ini. Adakah kerana ia melibatkan kepentingan tertentu, maka ia dijuangkan dan apabila perkara yang tidak melibatkan kepentingan kepentingan  maka ia tidak dijuangkan. Dan di manakah prinsip YDP daripada Pro Mahasiswa ini yang sebelum ini dilihat begitu PEKA  DENGAN ISU SEMASA TERMASUK ISU HAK ASASI MANUSIA di China sedangkan isu universiti tempatan tidak diambil pusing pun lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemimpin dariapada pembangkang. Kaitannya, mungkin mereka sendiri lebih tahu. Banyak isu semasa termasuk isu Imam Masjidilharam yang langsung tidak diulas oleh saudara YDP dan MPMUM dan juga isu negara Kristian yang digembar-gemburkan baru-baru ini. Adakah kerana isu-isu ini tidak memihak parti-parti luar yang menunggang mereka? Jikalau sesi lepas, golongan-golongan inilah yang sibuk mempersoalkan kredibiliti Saudara Khairul Anuar mengenai isu semasa, dan apabila mereka pula memegang tampuk tertinggi mahasiswa, kita lihat siapa yang cakap tak serupa bikin. Di sini penulis ingin memberi saranan kepada saudara YDP supaya :

MENYATAKAN PENDIRIAN TERHADAP ISU TANAH DI UUM


MENYATAKAN PENDIRIAN MENGENAI ISU NEGARA KRISTIAN

MENYATAKAN PENDIRIAN MENGENAI ISU IMAM BESAR MASJIDILHARAM



dan harapan penulis agar saudara YDP bijak dalam penulisan kerana :

PENULISAN ANDA MELAMBANGKAN IDENTITI UNIVERSITI MALAYA.SEKIAN

"Minda yang sihat menghasilkan penulisan yang sihat"

Saturday 7 May 2011

Parlimen Mahasiswa : membalas penulisan YDP MPMUM 2010/2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca yang dikasihi.Dalam entri kali ini,penulis ingin membuat ulasan mengenai tulisan saudara Syahid pada 4 Mei 2011 Parlimen Mahasiswa sekadar boneka (sila rujuk sini).Dalam kenyataannya beliau menyebut bahawa "Boleh saya katakan, Parlimen Mahasiswa tidak ubah seperti boneka. Mahasiswa perlu celik meneliti perkara dasar bahawa Parlimen Mahasiswa masih berada di bawah telunjuk Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). Maka jelaslah mahasiswa masih terikat dengan perkara 15, perkara 16 malah masih ditadbir di bawah seorang Naib Canselor yang mempunyai kuasa veto untuk memutuskan apa saja"Persoalan yang ingin diketengahkan oleh penulis ialah :

1.Adakah tidak releven bagi seorang Naib Canselor yang bertanggungjawab ke atas universiti jagaannya tidak diberi tempat dalam meluluskan segala perbincangan yang telah dilakukan sedangkan pada akhirnya nanti beliau yang akan dipanggil untuk memberi penjelasan kepada Kementerian Pengajian Tinggi?

2. Apakah faedah yang diperoleh ahli masyarakat serta mahasiswa sekiranya Dewan Perundingan Pelajar (DPP) membincangkan isu-isu picisan dalam politik yang belum tentu pucuk pangkalnya selain menambah dosa sekiranya ia mendatangkan fitnah walhal masih banyak lagi isu-isu nasional serta kampus yang harus ditangani?

3. Siapakah yang sebelum ini beriya-iya ingin menubuhkan Parlimen Mahasiswa dan kemudiannya membuat "U-Turn"?Apakah tidak dikaji dahulu bagaimana ia beroperasi sebelum menghidangkan kata-kata manis kepada warga kampus?

Untuk persoalan yang Pertama,disini penulis ingin menegaskan bahawa terdapat prosedur-prosedur yang perlu diikuti selepas membuat keputusan dalam Parlimen kerana dalam Parlimen Malaysia sekalipun,terdapat proses-proses yang perlu dituruti. Di bawah Artikel 66 perenggan 3 Perlembagaan Persekutuan, keputusan Ahli Dewan akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong terlebih dahulu untuk mendapat kelulusan Seri Paduka Baginda. Adakah akan lupus proses pendemokrasian hanya dengan menanti kelulusan Yang Dipertuan Agong? Bukan hanya dengan mengemukakan usul, mencapai satu kata sepakat, keputusan dan tidakan boleh terus diambil. Dan orang yang terpaksa melaksanakan segala kata putus ini ialah pihak Universiti. Siapakah disini yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir Universiti? Mahasiswa? Perlu ditekankan di sini adalah peranan mahasiswa adalah dalam membuat penilaian yang kritis dan mencambah idea di samping tanggungjawab kepada pelajaran. Alangkan tidak mendapat jawatan yang diidam-idamkan sahaja sudah tidak mahu membuat kerja, inikan pula hendak mentadbir Universiti.  

Persoalan Kedua pula lebih berkisarkan kepada agenda politik luar tiada kesudahannya. Ya, mahasiswa perlu cakna dalam apa jua keadaan. Namun ia tidak bermakna agenda politik luar itu harus melebihi agenda pembangunan diri mahasiswa. Adakah tidak kita bimbang sebagai seorang Islam sekiranya membuat satu sangkaan yang salah dan ia disebarkan-sebarkan kepada orang lain jika ia melibatkan ketidakpastian dalam sesuatu isu misalnya. Bagaimana pula dengan isu-isu nasional serta isu-isu kampus yang lain? Jangan jadi seperti bidalan lama, Kuman di seberang lautan nampak, Gajah di hadapan mata tidak nampak. Lupakah kita pada perintah Allah di dalam surah al Hujarat ayat 12 yang bermaksud,


“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

Persoalan Ketiga,adakah sebelum ini tidak dikaji terlebih dahulu sistem parlimen mahasiswa di USM sebelum membuat penilaian? Saudara Syahid ada menyatakan bahawa Parlimen ini mempunyai limitasi perbahasan dalam perenggan Keenam penulisannya yang mendakwa hanya perbincangan melibatkan hal dalam kampus. Kenyataan ini disangkal oleh YDP MPPUSM 2010/2011 (sila rujuk disini ) pada perenggan  KeempatBeliau menyatakan bahawa tiada sekatan kepada perbincangan malahan mereka juga mengkiritk dasar kerajaan (sila rujuk perenggan yang sama) untuk kenyataan balas YDP MPPUSM 2010/2011 tersebut.

Malah tulisan saudara Syahid telah mengundang kritikan kepada NC yang langsung tidak kena mengena dalam penulisan saudara Syahid ini (lihat sini ). Ini jelas mengheret maruah NC ke dalam permainan politiknya. Komen-komen berikut di Malaysiakini sedikit sebanyak telah menjatuhkan air muka Universiti Malaya sebagai universiti terulung di Malaysia.






Justeru,penulis ingin menasihat saudara YDP agak mengkaji lebih mendalam tentang sistem perlaksanaan parlimen mahasiswa. Jangan kerana dek ingin menjadi jaguh dalam pemansuhan AUKU,penulisan yang kurang cerdik disiarkan. Perlu diingat bahawa penulisan anda melambangkan identiti Universiti Malaya.Sekian

"Minda yang sihat menghasilkan penulisan yang sihat"

Monday 2 May 2011

Kematian Osama satu konspirasi?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pembaca-pembaca sekalian.Heboh!Inilah gambaran yang dapat diberikan kepada seluruh dunia mengenai kematian Osama bin Laden yang dikatakan perancang kepada serangan 11 September yang diingati oleh seluruh pelusuk dunia.Serangan ini menjadi titik tolak kepada satu fenomena baru iaitu wujunya istilah Islamophobia.Pertama kali penulis mendengar berita mengenai kematian Osama,terdetik bahawa ini semua adalah propaganda Amerika Syarikat.Mengapa?Disini penulis mempunyai sedikit ulasan.


MENARIK BUKAN?

PROPAGANDA YANG 'TERKANTOI'
P/S : Kenapa la rasanya Osama mati dengan ekspresi muka
yang sama dengan gambarnya semasa dia 'hidup'


Tiga persoalan yang dibangkitkan oleh penulis jari jemari siswa ialah :

1) Adakah dengan kemajuan perisikan serta teknologi hebat yang dimiliki oleh Amerika Syarikat gagal mengesan dimanakah Osama ini berada selama dalam 'pemburuan'

2) Mengapa di dada-dada akhbar cuma popular satu gambar yang menunjukkan wajah Osama 'dibunuh'.

3) Adakah Osama ini benar-benar wujud?atau ditaja oleh AS?

4) Mengapa baru kini AS bejaya membunuh Osama.Adakah ini ada kaitan dengan misi mereka di Libya?


Bagi menjawab persoalan no 3,disini penulis memaparkan gambar-gambar Osama/Tim Osman (Agen CIA) yang popular dalam kalangan penulis blog konspirasi




P/S : Menurut sumber,nama Osama dan Al Qaeda  tidak pernah didengari oleh 
penduduk Afghanistan sebelum ini.Hanya didengari selepas Amerika memberitakan
mengenainya selepas serangan 11 September 2001

Pada pendapat penulis,berita kematian Osama ini merupakan satu propaganda Amerika Syarikat bagi mengaburi dunia dan menunjukkan dunia bahawa peranan mereka sebagai Polis Dunia berjaya dilakukan.Ini jelas ditunjukkan dalam kenyataan Obama  yang berbunyi "Justice has been done" (sumber : Malaysiakini ).'Kejayaan' Amerika 'membunuh Osama' akan dijadikan lesen untuk meneruskan usaha Amerika bagi menentang Muammar Gadafi.Mengapa baru kini Amerika berjaya membunuh Osama sedangkan usaha memburunya sudah mencapai  9 tahun.Adakah ini sebagai satu isyarat kepada dunia agar 'merestui' penglibatan Amerika di Libya.Mereka akan menggunakan alasan kejayaan membunuh Osama sebagai modal.

Seperti yang diketahui,Amerika Syarikat 'sepi' selepas berakhirnya Perang Dingin yang menyaksikan pertembungan antara dua negara besar iaitu Amerika Syarikat Vs Russia dibawah Soviet Union.Jadi penciptaan musuh baru ini dikatakan akan menyebabkan Amerika Syarikat terus relevan sebagai kuasa besar dunia.Selepas Soviet,muncul 'perang menentang keganasan' sebagai agenda dan adakah selepas ini Amerika akan terus menggunakan kuasanya untuk masuk campur didalam hal ehwal Libya secara terang-terangan?

Nantikan berita daripada White House...

Tuesday 12 April 2011

MINGGU TERAKHIR SEMESTER

Debaran peperiksaan semakin dirasai oleh sebilangan penuntut Universiti Malaya.Dalam minggu-minggu terakhir ini mahasiswa-mahasiswa dilihat semakin kerap ke perpustakaan bagi mencari bahan-bahan rujukan untuk membuat tugasan dan membuat persiapan awal bagi menghadapi peperiksaan.Di kesempatan ini penulis Jari-jemari Siswa ingin menyeru kepada semua mahasiswa agar fokus dalam peperiksaan yang bakal diduduki melebihi perkara-perkara lain dan menjaga hubungan sesama manusia dan perkara ini tidak tertakluk hanya semasa minggu peperiksaan.Pada yang ingin pulang ke rumah diharap dapat berhati-hati di jalan raya tidak kira masa.Pulanglah bagi meminta restu ibubapa dan diharap dapat juga mengulangkaji pelajaran supaya dapat mengharumkan nama Univesiti Malaya diperingkat dunia seterusnya menyumbang kepada saranan Dato' NC agar membantu meningkatkan rangking supaya dunia 'kenal' akan kita.sambutlah salam peperiksaan daripada saya penulis Jari-jemari Mahasiswa dan akan terus menulis demi mahsiswa.



"Minda yang sihat menghasilkan penulisan yang sihat"

Sunday 10 April 2011

FITNAH GAZEBO DAILY!


Mesyuarat agung Persatuan Mahasiswa Kelantan (PMKUM) telah melabuhkan tirainya pada pada Khamis 7 April 2011.Barisan baru PMKUM diterajui oleh saudara Che Mohd Rozaihan dari Akademi Pengajian Islam tahun Kedua dan timbalannya saudari Sapinah Nordin.Namun apa yang menarik pada mesyuarat agung pada kali ini ialah berita daripada Gazebo Daily yang memberikan cerita palsu bahawa mesyuarat ini tidak berjalan dengan  begitu lancar kerana menurut mereka (Gazebo Daily) berlaku kekecohan yang berpunca daripada sekumpulan mahasiswa yang mengelarkan diri mereka Himpunan Mahasiswa Kelantan yang didapati aktif bersama Penggerak Mahasiswa.Hal ini berikutan menurut dakwaan Gazebo Daily,HIMSAK tidak berpuas hati akibat daripada kecewa kerana calon-calon pilihan mereka kalah dalam pengundian.Sila klik sini.Namun perkara ini diragui apabila terdapat bukti bahawa sebenarnya tidak berlaku kekecohan semasa mesyuarat agung tersebut (sila lihat gambar).Apa yang mengecewakan bagi penulis jari-jemari siswa ialah cubaan memburukkan nama Penggerak Mahasiswa.Ternyata penulis blog Gazebo Daily mempunyai niat yang tidak baik terhadap gerakan pelajar ini kerana tuduhan seperti ini tidak dapat diterima baik dari pihak Penggerak Mahasiswa mahupun pihak daripada Pro Mahasiswa.Harapan penulis agar mahasiswa harus menilai dan meneliti setiap berita yang dikeluarkan oleh pihak Gazebo Daily kerana tidak telus bahkan memfitnah.Penulis juga sempat memaparkan bukti dimana pihak Gazebo Daily melakukan fitnah tersebut (sila rujuk gambar kedua)



Namun disini penulis mengambil kesempatan kepada pimpinan baru PMKUM syabas dan tahniah diucapakan dan semoga menjalankan amanah yang dipikul dengan baik.
YDP
-Che Mohd Rozaihan Rosli-
Timbalan YDP
-Sapinah Nordin-
Setiausaha Agung
-Normah Affindi-
Bendahari Agung
-Samiah Abdullah-
-Syabas dan tahniah sekali lagi!-
"Minda yang sihat menghasilkan penulisan yang sihat"