Sunday 8 May 2011

ISU REBAT CUKAI TANAH : APAKAH PENDIRIAN MPMUM 2010/2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami difahamkan, Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Negeri menolak untuk menyambung rebet cukai tanah kepada Universiti Utara Malaysia (UUM). Datuk Seri Azizan dipetik sebagai berkata "Pihak universiti perlu menjelaskan bayaran pada kadar lama sebanyak RM 1.7 juta atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan".Tambah beliau rayuan sudah dikemukakan namun PTG tidak bersetuju bahkan boleh dikenakan penalti sebanyak RM 90,000. Sumber : (Malaysiakini).

Di sini penulis ingin mengemukakan beberapa persoalan :

1) Adakah wajar bagi sebuah Universiti yang melahirkan ilmuan-ilmuan dikenakan cukai yang amat tinggi sedangkan dana tersebut boleh disalurkan bagi membangunkan intelek-intelek negara?

2) Adakah tiada harapan bagi pihak PTG dan Universiti dalam usaha rundingan dan mengapa perlu dijelaskan secepat mungkin.

3) Mengapa perlu dibezakan antara cukai tanah diantara UUM dan USM sedangkan USM terletak di kawasan pembangunan yang strategik dan status mereka sebangai Universiti APEX.

Di sini meminta pendirian MPMUM 2010/2011 dalam hal ini. Mengapa membisu mengenai isu ini sedangkan dalam isu Parlimen Mahasiswa, MPMUM 2010/2011 melalui YDP nya begitu cakna dalam hal ini. Adakah kerana ia melibatkan kepentingan tertentu, maka ia dijuangkan dan apabila perkara yang tidak melibatkan kepentingan kepentingan  maka ia tidak dijuangkan. Dan di manakah prinsip YDP daripada Pro Mahasiswa ini yang sebelum ini dilihat begitu PEKA  DENGAN ISU SEMASA TERMASUK ISU HAK ASASI MANUSIA di China sedangkan isu universiti tempatan tidak diambil pusing pun lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemimpin dariapada pembangkang. Kaitannya, mungkin mereka sendiri lebih tahu. Banyak isu semasa termasuk isu Imam Masjidilharam yang langsung tidak diulas oleh saudara YDP dan MPMUM dan juga isu negara Kristian yang digembar-gemburkan baru-baru ini. Adakah kerana isu-isu ini tidak memihak parti-parti luar yang menunggang mereka? Jikalau sesi lepas, golongan-golongan inilah yang sibuk mempersoalkan kredibiliti Saudara Khairul Anuar mengenai isu semasa, dan apabila mereka pula memegang tampuk tertinggi mahasiswa, kita lihat siapa yang cakap tak serupa bikin. Di sini penulis ingin memberi saranan kepada saudara YDP supaya :

MENYATAKAN PENDIRIAN TERHADAP ISU TANAH DI UUM


MENYATAKAN PENDIRIAN MENGENAI ISU NEGARA KRISTIAN

MENYATAKAN PENDIRIAN MENGENAI ISU IMAM BESAR MASJIDILHARAM



dan harapan penulis agar saudara YDP bijak dalam penulisan kerana :

PENULISAN ANDA MELAMBANGKAN IDENTITI UNIVERSITI MALAYA.SEKIAN

"Minda yang sihat menghasilkan penulisan yang sihat"

1 comment: